My Place

My Place
Interesting places in Sabah

Friday, June 11, 2021

Games

  Hello semua.... :)

Ok untuk post ini pula saya akan bercerita tentang permainan video. Mesti banyak di antara kamu suka main permainan video kan..? Apa lagi pada era kini yang banyak mendedahkan tentang media sosial tidak kurang juga dengan permainan digital. Saya juga suka bermain permainan digital ni,

Tapi bukan bermakna saya tidak tahu permainan tradisional ya... hahhah

Zaman kanak-kanak saya dulu, banyak bermain permainan tradisional sebenarnya... Begitu juga dengan permainan digital. Tapi hari ini saya akan berkongsi sedikit dengan permainan digital yang lama, bukan permainan digital yang ada sekarang ya..

Saya mahu bawa ber"nostalgia" kejap. Kalau dulu saya banyak bermain "game" PS1 dan PS2 ;) Ini antara "games" yang pernah saya main dulu.

1. Harvest Moon Back To Nature


https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.kompasiana.com%2Fsheilaserenasusanto%2F604793338ede480f2e6ac7f6%2Fmengupas-circuit-of-culture-pada-game-harvest-moon-back-to-nature%3Fpage%3Dall&psig=AOvVaw2sIZdJUt968oxJtKgg5rv3&ust=1623054898353000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCLCB2-rMgvECFQAAAAAdAAAAABAa

Kalau kamu lahir pada zaman 90-an, pasti permainan ini tidak asing bagi kamu. Permainan digital ini merupakan permainan simulasi bertemakan kehidupan penternakan dan pertanian.

2. Vampire Night
https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.mobygames.com%2Fgame%2Fvampire-night%2Fcover-art%2FgameCoverId%2C138320%2F&psig=AOvVaw0pKcx8gQ6GZhTIE72R_YGw&ust=1623056028022000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCPjX8YLRgvECFQAAAAAdAAAAABAI

Game ini pula merupakan game senjata ringan dan ber'genre' horror. Tapi permainan ni tak la menakutkan sangat sebenarnya. Permainan ini juga ada dikeluarkan dalam bentuk Arcade Game.

3. Dynasty Warrior


https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fen.wikipedia.org%2Fwiki%2FDynasty_Warriors&psig=AOvVaw26rUkfx-wjC7Qu90g6GwKK&ust=1623056736454000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCJjPl9bTgvECFQAAAAAdAAAAABAD

https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DDE0h4oS668I&psig=AOvVaw0L8meHPCjh4J_7Dq8WAT49&ust=1623057178583000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCLjZ-LLVgvECFQAAAAAdAAAAABAW

Dynasty Warrior merupakan permainan yang mengisahkan tentang pahlawan yang datang dari  3 wilayah di Cina pada zaman dahulu lagi. Permainan ini juga terkenal sehingga hari dan telah mempunyai perkembangan yang baru, dan untutk pengetahuan kamu permainan ini merupakan permainan pertama yang menjadi kegemaran saya.. Hahahah

4. Crash Bandicoot Twinsanity

https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.imdb.com%2Ftitle%2Ftt0408642%2F&psig=AOvVaw0IxT6CnTAAlznfM2UZGLow&ust=1623057497739000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCOD_oMLWgvECFQAAAAAdAAAAABAD

Permainan ini pula merupakan permainan yang mempunyai alur jalan cerita, dan kita dapat mengawal tiga watak dalam permainan ini. Permainan ini juga mempunyai perkembangan baru dengan jalan cerita yang baru dan lebih menarik.

Dan permainan terakhir yang saya ingin kongsikan hari ini ialah........

5. Tomba
https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fen.wikipedia.org%2Fwiki%2FTomba!&psig=AOvVaw0zVmgRlvpeIJCqj_ySTtmS&ust=1623058029137000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCODQ98DYgvECFQAAAAAdAAAAABAD

Ini merupakan permainan PS1 berkategorikan permainan pengembaraan dan mempunyai jalan cerita yang menarik serta mengandungi pelbagai misi yang menjadikan permainan ini sangat menarik.


Ok semua... itu sahaja permainan yang dapat saya kongsikan kepada kamu semua hari. Banyak lagi permainan yang seronok saya ingin kongsikan tetapi tidak apa, ada waktu lagi nanti saya cerita ya. :)

Boleh saja kamu semua mencuba permainan ini semua, just try to search it in the Internet.. hehe
Walaupun permainan-permainan ini agak lama, tapi saya yakin kamu juga akan dapat merasai keseronokkannya semasa bermain permainan digital tersebut.

Kalau ada sudah yang pernah main, cuba kongsikan pengalaman anda di ruangan komen. Kamu juga boleh kongsikan permainan digital apa yang kamu pernah main dulu.

Ok, itu sahaja dari saya... Stay safe semua 

1 comment: