My Place

My Place
Interesting places in Sabah

Friday, June 11, 2021

Various Kind Of Food

Salam Sejahtera Semua... :)

Ok... Kali ni saya cerita pula makanan yang ada di Sabah.. hehe mesti kamu curious kan ;)

Kami makan juga bah nasi tapi ada sedikit kunikan tentang lauk yang ada di Sabah ini. Bagi saya yang tinggal di Sabah ni pun rasa unik.......

Ok straight to the point, makanan pertama yang saya mahu kongsi di sini ialah AMBUYAT.

 
https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fcikguemmet.com%2F2019%2F02%2Fhina-ambuyat-makanan-untuk-dinikmati-bukan-dikeji%2F&psig=AOvVaw2oKUr_Bxs2_0rDGnVqdaYx&ust=1623050030297000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCNDnyNm6gvECFQAAAAAdAAAAABAf

1. AMBUYAT 
Ambuyat ni diperbuat daripada bahagian batang dalam kayu sawit yang juga merupakan bahan berkanji. Rasanya dan cara ia dimakan unik namun keenakkannya masih terjamin.

https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Fwww.unileverfoodsolutions.com.my%2Fdam%2Fglobal-ufs%2Fmcos%2FSEA%2Fcalcmenu%2Frecipes%2FMY-recipes%2Ffish-%26-other-seafood-dishes%2Fhinava%2Fmain-header.jpg&imgrefurl=https%3A%2F%2Fwww.unileverfoodsolutions.com.my%2Fms%2Fresipi%2Fhinava-R0079755.html&tbnid=vCYWlnho3dEOCM&vet=12ahUKEwi7xo-nwYLxAhWZB3IKHeXiC5AQMygAegUIARC9AQ..i&docid=EOdJlvMSOf2SnM&w=1260&h=709&q=HINAVA&ved=2ahUKEwi7xo-nwYLxAhWZB3IKHeXiC5AQMygAegUIARC9AQ
2. HINAVA
Hinava ini merupakan makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Makanan ini mengandungi pelbagai bahan dan bahan utamanya ialah ikan segar dari sungai. Ikan tersebut tidak dimasak tetapi dijerukkan dengan bahan-bahan lain seperti limau, bawang, peria, lada dan banyak lagi.


https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Flookaside.fbsbx.com%2Flookaside%2Fcrawler%2Fmedia%2F%3Fmedia_id%3D3276335275770402&imgrefurl=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FPakejPercutianKuching%2Fposts%2Fkuih-jalaroti-jala-atau-lapung-dalam-bahasa-bidayuh-bukarsejenis-kuih-tradisiona%2F3276335795770350%2F&tbnid=Dl196-gaBjKcnM&vet=12ahUKEwjxncKvwoLxAhV3gUsFHUWEDFoQMygCegUIARDGAQ..i&docid=1PJ4COXdeJ0wuM&w=586&h=478&q=kuih%20jala&hl=ms&ved=2ahUKEwjxncKvwoLxAhV3gUsFHUWEDFoQMygCegUIARDGAQ

3. Kuih Jala Sabah
Kuih jala Sabah ni bukan lauk, tapi lebih kepada "Snack" yang popular di Sabah. Bahan dalam makanan ini terdiri daripada tepung dan gula perang atau gula melaka.

https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Fcf.shopee.com.my%2Ffile%2F3d95aff7eb2145bf5b9fb23f46f344c8&imgrefurl=https%3A%2F%2Fshopee.com.my%2FBOSOU-IKAN-SUNGAI-(IKAN-PEKASAM)-%25F0%259F%2592%25AFREADY-STOCK%25F0%259F%2592%25AF-i.30287678.3738724140&tbnid=TJnKzdzpxuOdXM&vet=12ahUKEwjRnevVw4LxAhWWOCsKHRTNBycQMygfegUIARD2AQ..i&docid=fG5VwOi68tIyxM&w=640&h=640&q=bosou&hl=ms&ved=2ahUKEwjRnevVw4LxAhWWOCsKHRTNBycQMygfegUIARD2AQ

4. Bosou
Gambar yang ke-4 ni pula menunjukkan makanan tradisional kegemaran saya. Saya tidak tipu ya, bagi saya bosou memang sedap. Menghasilkan bosou ini agak rumit dan memerlukan bahan pengawet yang khas yang dipanggil sebagai "Pangi". Bahan utamanya ialah ikan sungai dan nasi.

https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Fcf.shopee.com.my%2Ffile%2F3b0d158d9ab31f308c7893b789cf8c88&imgrefurl=https%3A%2F%2Fshopee.com.my%2FJERUK-TUHAU-SAMBAL-TUHAU-MAKANAN-KESUKAAN-RAMAI-i.9626123.6244979134&tbnid=HXWYBxibsjwu1M&vet=12ahUKEwi428vgxYLxAhVCKHIKHbTeAQYQMygPegUIARDkAQ..i&docid=_gLNHd0DYqeNuM&w=640&h=640&q=tuhau&hl=ms&ved=2ahUKEwi428vgxYLxAhVCKHIKHbTeAQYQMygPegUIARDkAQ

5. Tuhau
Makanan yang terakhir yang ingin saya kongsikan ialah Tuhau. Tuhau ini diperbuat daripada halia liar yang banyak dijumpai di Sabah terutama di kawasan pedalaman. Bagi sesetengah orang, makanan ini tidak menyelerakan namun bagi saya makanan ini mempunyai keenakkannya yang unik.

Ok kawan-kawan, sebenarnya banyak lagi makanan tradisional yang ada di Sabah tapi ini sahaja yang dapat kongsikan hari ini. Kalau kamu berminat untuk mencubanya, boleh la cari dan tempah di media sosial yang ada menjual makanan ini. Hehehe......
Tapi rasa makanan yang ditempah mungkin tidak mempunyai keaslian yang sama dengan yang ada Sabah.

Ok itu sahaja info sedikit tentang makanan di Sabah. 

3 comments: